Thursday 14 February 2013

KURSUS AUDIT DALAMAN 5S

Kursus ini telah dianjurkan oleh AJK Latihan QE/5S Kolej Komuniti Siput pada 13 - 14 Febuari 2013. Kursus ini telah dihadiri oleh Jawatan Kuasa Induk QE/5S dan Juru Audit Dalaman QE/5S yang telah dilantik.








DASAR/ IKRAR


" Kami, warga Kolej Komuniti Sungai Siput berikrar untuk mewujudkan persekitaran kerja yang selamat, bersih, kemas dan selesa menerusi kerjasama dan penyertaan semua. Kami juga berjanji akan meneruskan amalan persekitaran berkualiti semasa menjalankan tugas harian. Kami juga berjanji akan berusaha sedaya upaya kami ke arah mengekalkan pensijilan QE/5S dengan mengamalkan prinsip-prinsip QE/5S "

POLISI


Amalan QE/5S KKSS bertujuan membentuk budaya persekitaran berkualiti dengan mengutamakan kebersihan, kekemasan, keselamatan dan kecekapan sesuai dengan peranan KKSS sebagai pusat latihan kemahiran rakyat Malaysia

MISI


Membudayakan dan mengamalkan QE/5S secara bersepadu dan berdisiplin berteraskan kualiti kerja dan persekitaran yang kondusif menerusi amalan QE/5S yang cekap dan berterusan dengan mengutamakan kebersihan, kekemasan, kecekapan dan keselamatan

VISI


Mewujudkan dan mencapai budaya kerja cemerlang dalam persekitaran, tempat kerja yang berkualiti, selamat, bersih, kemas dan sistematik dalam kalangan warga KKSS menerusi amalan QE/5S selaras dengan objektif penubuhan KKSS sebagai pusat latihan kemahiran rakyat Malaysia

PRINSIP


Sama - sama Sisih
Sama - sama Susun
Sama - sama Sapu
Sama - sama Buat
Sama - sama Amal

    OBJEKTIF

    • Mewujudkan tempat kerja yang selamat, bersih, kemas, sistematik dan selesa dalam kalangan warga KKSS
    • Mewujudkan disiplin yang tinggi dan berhemah dalam kalangan warga KKSS
    • Memupuk budaya kerjasama melalui penyertaan semua warga KKSS
    • Komited dalam mengamalkan konsep penambahbaikan secara berterusan